ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah,semalam 26 September
Genap 2 tahun umur anak yong,
Siti Zubaidah Bee
kejap ja masa berlalu..dah 2 tahun
Syukur atas kurniaan Allah
terima kasih ya Allah
kurniakan permata berharga buat yong
Siti Zubaidah sayang,
semoga jadi anak yang solehah
penyejuk hati ummi
hormat pada orang tua
mujahidah islam
ya allah,kau lindungilah dia dengan sebaiknya
dari tipu daya dunia
dari kejahatan segala makhlukMu
Jadikannya insan yang taat sebagai hambaMu
Permudahkan setiap langkahnya menuju redhaMu
Siti Zubaidah anak ummi
Biarlah kita kelihatan kurang di mata insan lain
Cukuplah ALLAH bagi kita
Walaupun ummi seorang yang bersamamu
Jangan lupa kasih sayang dari tok,tokwan & pakngah
sentiasa mengiringi setiap langkahmu
Tak usah di harap kasih orang
mereka tidak tahu & tak kan tahu
segalanya biarlah kita sahaja yang mengerti
Membesarlah dengan sihat
Hidup dengan penuh kesederhanaan
tak hidup dek puji
tak mati dek caci
ummi saaaayang Siti Zubaidah !
0 Comments