ANOTHER SWEET DAY,SAYANG!

Bismillah

Lama rasanya kakyong tak menulis.
Alhamdulillah,berkesempatan untuk mencoret sedikit sebanyak memori disini.

Entry kali ni khas mengenai keadaan yong sekarang..acah-acah press conference jugak lah dek kerana ramai bertanya itu dan ini..and untuk pengetahuan,terms yg kakyong gunakan adalah terms umum,tidaklah kakyong ariff dengan terms medical yg ada

utama sekali,kakyong ucapkan terima kasih untuk segala kata semangat dan doa dari semua sahabat tersayang..moga allah malbulkan setiap permintaan kita

kakyong warded since 12/3/2018



sebab? 
leaking or bahasa kampung kakyong sebut turun air ketuban..paginya kakyong ke ipoh untuk monthly checkup di Hospital Ipoh,petang tu dalam pukul 6petang terasa air turun,tapi tak banyak and untuk further action memang kakyong minta suami hantarkan ke rumah ayah in case emergency boleh ayah hantarkan ke hospital sebab malam tu suami ada kuliah

nak jadi cerita lepas maghrib and lepas isya ada lagi episod turun air sikit-sikit.
lepas ayah balik solat isya,terus lah ke hospital tapi direct ke dewan bersalin.Nurse dah pesan under 28week,kalau bleeding or turun air,ke bahagian kecemasan,kalau dah 28week ke atas,direct ke dewan bersalin

and guess what?
time kakyong inform kat nurse kakyong dah 31week and turun air,terus nurse suruh get ready untuk check in wad,memang depa tak bagi balik dah..terus tukaq pakai uniform pink,naik wheelchair..doc buat scanning & check apa yang patut dulu

dalam pukul 1230 depa tolak masuk wad and sejak tu menginaplah kakyong di wad bersalin hospital taiping ni

****

alhamdulillah,sepanjang 13 hari di sini memang rutin harian kakyong adalah berehat,makan,tidoq..selang seli dengan nurse masuk check jantung baby + tekanan darah ummi

pantau jika ada infection sebab kakyong dah turun air ketuban,in case ada infection doc inform akan emergency ceaser untuk selamatkan baby + ummi

untill yesterday ..

dalam pukul 1 tengahari lunch dah sampai & kakyong makan dalam 3-4 sudu ja,tak berapa nak selera time tu..and lepas makan,rehat sat kakyong tidoq..mak roomate mai melawat pun kakyong tak bersembang hari tu,kalau tak memang banyak ja topik kami bersembang

dalam pukul 2.30 kakyong dah jaga,nurse masuk bilik untuk check jantung baby,dalam mamai tu kakyong dengar heart beat baby..selesai ja terus kakyong bangun bersiap untuk solat

lepas solat + mengaji,nurse masuk lagi untuk check tekanan darah.time tu nurse kata nak check jantung baby lagi.
Kakyong pun heran,dok bertanya dengan roomate,eh tadi kan dah check .. 
nurse kata tak pe lah,check lah sekali lagi

so nurse pun check
time tu punya la lama nurse nak cari heart beat baby..kadang-kadang memang lama sikit sebab baby kakyong kecik,walaupun dah masuk 31week,berat dalam 700g ja..thats is another issue.. if kakyong terpaksa bersalin awal kerana ada infection,baby pra matang akan stay di hospital,masuk balang la jawabnya 

so back to story
nurse cari heart beat tak dapat
and panggil sorang lagi nurse untuk double check..lamaa diorang cari,tak dapat juga..sudahnya depa usung mesin CTG pulak untuk check heart beat baby...pun tak dapat detect jugak and doc arahkan ke bilik scan

all of sudden
doc inform yang dia tak nampak any sign of heart beat,and she show me the screen,NOTHING

datang doc sorang lagi..
pun jawapan yang sama
MAAF PUAN,BABY PUAN DAH TAK ADA

i was like BLUR
tipulah tak rasa sedih time tu
tapi dah macam tak da perasaan pun ya
mendiam ja kakyong
sampai lah nurse datang bawa tisu dan peluk kakyong.dia kata 'Sabar ya puan' memang spontan teruihhhh keluaq ayaq mata..hehee..that word trigger my tears..

sometimes, SABAR isnt the best word dalam keadaan begitu tapi ituah hakikatnya,kakyong MESTI sabar dengan apa yang Allah rencanakan untuk kakyong sekeluarga

***

after discussing dengan husband + docs , kami ambil keputusan untuk tunggu baby keluar sendiri..but the thing is kita tak tau bila dia nak keluaq..kakyong ada la tanya kawan-kawan, ada yang lepas 4-5hari baby keluar sendiri and ada yang lepas hari ke 14 baru keluar..tu pon lepas ikhtiar minum air selusuh

czer is not an option since kakyong 1st pregnancy pun bersalin czer,kalau boleh doc nak kurangkan risiko dengan biar bersalin secara normal

ada la juga kakyong minum air selusuh, baca yaasin,solat hajat mohon dipermudahkan semua urusan bersalin

dan esoknya
doc maklumkan untuk induce 
2.30 petang untuk kapsul pertama
selepas sejam mula lah terasa mengusik di perut..sekejap sekejap rasa senak..macam senggugut 

and still kakyong masih larat berjalan ke sana kemari..lepas maghrib siap call delivery dominos lagi,sebab kakyong dengan roomate dok kata nak order dah banyak hari,sudahnya tak jadi sebab mak kami bawa makanan macam-macam..hehe

and selepas subuh 28/3/2018
sakit mula menjadi-jadi
seriously kakyong memang tak tau camna sakitnya contraction..dok dengaq orang kata nak bersalin tu rasa macam nak terberak..memang dak laaa kakyong rasa camtu..tapi makin kerap pula senak..terasa lambatnya masa berjalan..doc inforn untuk check jalan pukul 12.30

pukul 10 pagi,makin gelisah
tapi steady lagi menjawab dekat nurse TAK SAKIT SANGAT,BOLEH TAHAN LAGI bila nurse dok tengok kakyong gelisah tak da arah ..

tanya pula dekat roomate,jam dah pukul berapa..sambil tangan pegang handset inform suami kakyong dalam kesakitan..roomate jawab pukul 11.45..lepas tu kakyong dah tak tau handset letak mana,memang dok berperang dengan senak yang teramat sangat.. sampailah kakyong terasa something keluaq & jerit dekat roomate suruh tekan loceng panggil nurse

apa lagi,kelam kabut lah
kakyong memang dah tak ingat apa
nampak macam bayang-bayang ja bila nurses + docs masuk bilik & usung katil kakyong keluar ke labour room

sambil mulut tak henti berzikir sebab tu ja benda yang terlintas nak sebut..kakyong rasa setel bersalin time depa dok tolak tu

sampai ke labour room
alhamdulillah,semua urusan dipermudahkan..nurse tunjuk baby,bagi kakyong rest + bancuhkan air milo suam lagi..hehe 

dalam 20 minit jugak lah kakyong rest di sana,setel nurse setup baby,depa bagi kakyong pegang.. dan kakyong cium anak syurga kami 

alhamdulillah
tenanglah kamu di sana sayang
abahnya sampai dengan tok tokwan + kakak zubaidah

semua urusan mandi jenazah setel di hospital,balik ke rumah terus dengan urusan pengebumian

and kakyong stay semalam lagi di wad

discharge 29/3/2018


 



Siti Aishah binti Ahmad Sharkhawi

Post a Comment

0 Comments