GERBANG IFTAR NUSANTARA : BUFFET RAMADHAN TERBAIK DI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Assalamualaikum

Baru nak bersiaran , lama rasanya tak menulis disini..Actually entry ni pun bertangguh dah beberapa minggu dek kesibukan hidup itu ini begitu begini..hehe

ok,straight to the point !

Hari ni kakyong nak story mengenai Buffet Berbuka Puasa yang ditawarkan oleh Bukit Merah Laketown Resort.

Untuk Ramadan kali ini , Bukit Merah Laketown Resort telah melancarkan GERBANG IFTAR NUSANTARA dengan tema makanan bercitarasa nusantara dan ketimuran termasuklah menu Nasi Mendy dan Kabsah.





Sesuai dengan temanya, pelbagai pilihan menu santapan nusantara untuk buffet Ramadhan tahun ni dibuat dengan teliti oleh Esekutif Chef Bukit Merah Laketown Resort, Noorul Qamar Mohd Noor. Sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ni. Ia meliputi sehingga 50 sajian hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai sherperd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju berserta tomato.















fuhh
memang menggoda jiwa raga lahh menu nya .. kakyong suka sambal sotong ! Sedap gilerrr..hehee

Bulan puasa ni kadang-kadang mai angin sepoi-sepoi kemalasan tu,rasa tak mau masak kan,mehlah terus serbu Cafe LeLac untuk berbuka puasa.

Hehe.. ok jom kita tengok pakej apa yang ditawarkan oleh Bukit Merah Laketown Resort untuk berbuka puasa seisi keluarga









Untuk sebarang tempahan & pertanyaan lebih lanjut:

Tel: 05-8908888



*  *  *  *

NEXT : 

PELAYARAN TASIK SEBELUM BERBUKA PUASA

Post a Comment

0 Comments