Ada ke antara readers Kakyong yang suka bercuti ? Or suka buat gheja gila planning bercuti on the spot and nak minimumkan perbelanjaan & masa travel tu ? Hari ni Kakyong nak buat sharing mengenai KLIA Express.. Ampa mesti suka punya !
Ini adalah pengalaman member Kakyong yang naik KLIA Express ni buat pertama kali. Maklumlah sebelum ni pergi bercuti dekat-dekat je. So, memang akan drive sendiri sebab boleh tong-tong dengan member. Kali ni diorang decide nak pergi jauh sikit, sikit jelah pun. Hatyai.
Memula ada baca review orang pergi sini semuanya naik ETS ataupun bas. Jarang sangat ada orang pergi naik flight. Kebetulan hari tu tengah survey tiket Airasia, jumpa pulak tiket murah pergi Hatyai ni return tiket boleh dapat bawah RM200. Korang rasa murah tak? Memang agak murah dan berbaloi. Sebabnya kalau naik ETS pun daripada KL Sentral ni pun dah RM78 macam tu, belum campur train ke Hatyai lagi. Bila naik flight ni, boleh jimat masa dan tak terlalu penat. Boleh simpan tenaga nak jalan di Hatyai nanti kan...
Diorang ni memang jarang naik flight ni, so memang sangat jarang pergi airport. Jadinya, tentulah diorang akan fikir cara terbaik untuk pergi airport yang lebih convenient dan tidaklah terlalu mahal. One of them cadangkan untuk cuba KLIA Express ni. Maka nya , diorang pun survey lah tiket sehala daripada KL Sentral RM55. Bila member cakap boleh book cheap KLIA Express tickets dekat Traveloka, terus diorang buka web Traveloka untuk compare kan harga, dan terbukti harga tiket dekat Traveloka lagi murah, RM48 untuk sehala. Kebetulan waktu beli tu, ada diskaun 10%. So, dapat lagi murahlah untuk tiket sehala, RM43.20 je. Pergh..kalau camni punya murah,memang elok sangatlah korang beli dekat web Traveloka!
Dah alang-alang survey Traveloka ni, diorang usha juga servis lain yang ditawarkan kat sini. Rupanya untuk airport transfer ni, Traveloka juga tawarkan servis kereta persendirian macam airport limo dengan Grab Car tu. Harganya pun tidak lah terlalu mahal, just nice. And then boleh pilih juga nak pickup dekat mana dan bila. Servis-servis lain macam flight dan hotel pun Traveloka ni ada tawarkan. Kalau camni, untuk next trip Kakyong nanti, Kakyong pun nak cuba booking semua benda dengan diorang ni sebab kadang-kadang promosi yang diorang buat ni agak rugi lah kalau kita tak ambil!
Okay back to KLIA Express,kalau korang travel lebih dari 3 orang, KLIA Express ni boleh jadi pilihan yang kedua selepas kereta persendirian. Lagi-lagi kalau jenis memang nak meminimumkan kos. Yelah sebab tiket ikut individu, contoh kalau beli dengan Traveloka tadi dengan harga RM48 untuk 4 orang dah jadi RM192. Kalau korang tempah kereta persendirian mungkin korang boleh dapat harga yang lagi murah.
Tapi , satu benda yang korang kena ingat ialah KLIA Express ni cepat. So, memang berbaloi dengan harga dan penjimatan masa.Perjalanan daripada KL Sentral ke KLIA hanya mengambil masa selama 28 minit. Dan ia adalah non-stop train. Jadi memang tak kesah sangat walaupun sebenarnya diorang boleh jimat lagi kalau guna kereta persendirian tu. Lagi satu kenapa diorang pilih KLIA Express ni, sebab ada seorang member diorang ni kerja shift area KL Sentral, so hari yang diorang nak pergi ni shift dia habis pukul 9 pagi macam tu. Jadi tak nak dia terlalu rushing nak kejar masa semua, so KLIA Express ni adalah pilihan yang terbaik.
Pengalaman menggunakan KLIA Express ni sangat mudah dan selesa. Tak payah nak fikir untuk hadap jem, masa pun boleh jimat. Untuk korang yang nak bergerak dengan selesa ke KLIA dalam group yang kurang daripada 4 orang, diorang memang cadangkan korang guna KLIA Express ni. Kalau lebih 4 orang tetapi ada kekangan masa, nak cepat dan tidak berkira dengan kos, ini juga merupakan satu pilihan yang baik. Untuk pengguna pertama kali macam member-member Kakyong ni, diorang sangat berpuas hati lah dengan servis yang ditawarkan. Untuk trip yang akan datang diorang cakap kompomm diorang akan gunakan lagi KLIA Express ni.
oh ya, jom cekidaut beberapa tempat menarik di Hat Yai :
PASAR TERAPUNG HATYAI KLONG HAE
WAT HATNYAI NAI
So gais , apa lagi..boleh dah tu start planning next travel dengan KLIA Express !
0 Comments