Cuti datang lagi.. Walaupun cuti hujung minggu, kakyong pilih untuk spend time dengan anak-anak jalan-jalan di sekitar Pulau Pinang.. Since kakak dah darjah 2,kakyong cari tempat yang boleh tambah ilmu dan pengalaman baru untuk dia. Kali ni, kami ke The Top, di KOMTAR.
SEJARAH KOMTAR
Bangunan KOMTAR ni singkatan dari Kompleks Tun Abdul Razak, dibina pada tahun 1974 siap pada tahun 1986 setinggi 232 meter, 65 tingkat.Time tu, kalau nak tau KOMTAR ni adalah banguna kedua tertinggi di Asia selepas bangunan Sunshine 60 di Tokyo, Jepun. Selepas 2 tahun, menara Maybank siap dan lebih tinggi dari KOMTAR. So, sehingga hari ini, KOMTAR kekal sebagai bangunan tertinggi di negeri Pulau Pinang.
THE TOP PENANG
Pada tahun 2015, proses ubahsuai telah dibuat, bangunan KOMTAR ditambah 3 tingkat lagi menjadikannya setinggi 249 meter, 68 tingkat. Disinilah bermulanya segala tarikan yang ada iaitu The Top, taman tema dalam bangunan yang terbesar di Pulau Pinang!
Actually, dalam ni ada baaaanyak tempat untuk dilawati, untuk kakyong sekeluarga, kami grab tiket masuk ke 3 tempat iaitu
1. Penang Boutique Aquarium
2. Jurassic research center
3. The top rainbow skywalk
Beli tiket online waktu promosi hari tu, tak de lah rasa tercekik sangat harga nya 😜 Harga yang dalam kurungan tu harga normal naa.. Kalau beli online still ada diskaun dalam 6-8 ringgit
DEWASA : RM38 (RM75)
KANAK-KANAK : RM 28 (RM55)
So, hari kejadian semalam, kakyong WAZE ja ke bangunan KOMTAR, parking di level 1 dan tanya jugak lah guard disitu nak naik ke mana.. Maklumlah berzaman dah nak jejak ke KOMTAR tu.. Guard suruh naik ke level 6.. Makanya kami terus ke level 6, pick up tiket di kaunter dan meneroka apa yang ada.
1. PENANG BOUTIQUE AQUARIUM
Tempat pertama yang kami masuk.. Not bad.. Boleh tengok macam-macam spesies ikan.. Paling sempoi akuarium ikan dalam ni ada banyak tema.. Siap ada mesin jahit oitt depa boh dalam akuarium tu..memang elok sangat lah kalau bawa anak-anak ke sini untuk tambah pengetahuan diorang
2. JURASSIC RESEARCH CENTER
Ini pun not bad, even tau dah semua tu robot belaka, kitorang enjoy sangat.. Bebudak lah paling teruja
3. WINDOW TO THE TOP
Actually disini ada 2 port, Observation Deck di tingkat 65 dan Rainbow Skywalk di tingkat 68
3 Comments
Belum pernah sampai ke sini. Mudah-mudahan ada rezeki di musim cuti untuk jejak kaki ke negeri cantik ni.
ReplyDeleteinsya allah ;)
DeleteMarsha pernah sampai sekali. Ingat nak pegi lagi tunggu anak-anak besar sikit
ReplyDelete