Hai semua , Assalamualaikum & salam sejahtera.Semoga sihat belaka disamping yang tersayang.
Hari ni kakyong nak buat sharing mengenai program cuti sekolah baru-baru ini.Maklumlah,lama tak berjalan jauh cuti-cuti Malaysia.Alang-alang dah masuk fasa endemik,kakyong pun atur lah program.Bila ada anak yang dah besar,bersekolah ni, selain aktiviti menyeronokkan,kakyong akan pastikan ada sesi pembelajaran so takde lah bercuti buta je..
Memula sekali,kakyong view dulu port viral dan apa yang menarik di sekitar Ipoh tu.Lepas tu list down tempat yang kakyong nak pi.Benda di hujung jari je,maklumat segera dari FB dan Google.. list dulu,pi ka tak pi belakang kiraaa
ha gitttew!
Since kakyong nak tempat yang ada banyak port best dan mudah cari makan,kakyong book Hotel Citiel Express Ipoh melalui KLOOK.Not bad,rate harga murah dari yang lain.As for me,kita cari yang ala kadar saja..sebab nak spend duit tang lain jugak..haha!
DAY 1 : SALMAH KOPITIAM , TASIK CERMIN , CONCUBINE LANE
Lepas subuh,kami dah start packing barang masuk kereta.Lebih kurang pukul 7.30 pagi kami betolak dari Alor Pongsu ke Ipoh.Trafik lancar.Cuak juga memikirkan jalan jem waktu cuti sekolah ni.
Masuk pekan Ipoh,terus terjah Salmah Kopitiam untuk bersarapan.Waktu kami sampai tu, kedai penuh tapi takde lah beratur panjang.Tunggu jap dalam 10 minit dah ada meja kosong,terus scan QR Code untuk order makanan.Sempoi!
3 Comments
Boleh jd Rujukan untuk jln2 di ipoh. Tq sharing
ReplyDeletealhamdulillah .. family time .. kenangan terindah .. cantik² juga tempat nya .. one day insyaAllah sampai la ipoh
ReplyDeleteOhh wowo....very nice family trip at Ipoh, love the tasik cermin,thanks for sharing the details. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDelete