APA ITU HLP DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA | YONGNORLIZA


 APA ITU HLP DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ni kakyong nak buat sharing mengenai HLP atau Hadiah Latihan Persekutuan. In case korang yang belum tau, alhamdulillah rezki tahun 2022 kakyong dapat HLP CBBPB. Pergh..kemain la singkatan !

Mesti ramai yang confius apa tu HLP, macammana nak mohon.. ha jom baca info dibawah ni.


❗MAKLUMAT DAN TIP ASAS HLP❗

(Awas, maklumat ini panjang tapi penting bagi yang berminat!) 

🤔Apa itu HLP?

Hadiah Latihan Persekutuan atau bahasa mudahnya tajaan pendidikan untuk pegawai perkhidmatan pendidikan sekolah, IPG dan sebagainya bagi menyambung pengajian di peringkat sarjana atau PhD.

🤔Apa beza HLP dan HLPS?

HLP tu juga dipanggil Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa (CBBPB). Maknanya kita akan dapat cuti, gaji penuh, elaun tambahan dan yuran pengajian ditanggung sepenuhnya. 

HLPS pula separuh masa. Masih perlu bekerja tapi yuran dibayar sepenuhnya. Kalau tak silap ada elaun tertentu yang akan dapat namun tak sama dengan elaun HLP.

🤔Berapa tahun tajaan?

Kalau HLP, untuk sarjana dua tahun (empat semester)

Kalau PhD, tiga tahun setengah (tujuh semester). Untuk HLPS, masanya lebih panjang.


🤔Bagaimana dengan urusan "reposting", hal ehwal pangkat, tahun perkhidmatan dan lain-lain?

Tak terjejas. Jangan risau. Untuk maklumat lanjut, semuanya akan diberitahu waktu kursus persediaan. 


🤔Kalau dah mulakan pengajian, contohnya dah semester dua dalam PhD, adakah boleh mohon? 

Boleh. Tapi layak untuk HLPS saja sebab dah sambung pengajian. Kalau nak HLP juga boleh tamatkan dulu pengajian terdahulu macam beberapa orang kawan saya buat. Tapi, agak risiko juga jika tak dapat HLP kan? Maka, timbang tara dulu sebaiknya.


🤔Sebelum mohon, apa yang perlu saya buat? 

Ha... Yang ni penting! Pastikan e-operasi telah dikemas kini supaya data tu betul. Lagi-lagi maklumat tentang Sejarah Ikhtisas tu. Jika dah ada sarjana, kemas kini siap-siap ya. Baca juga syarat dan panduan yang ada di bahagian atas laman web permohonan. Ada tulis PANDUAN. Ada tulis SYARAT. Klik dan hadam. 


🤔Apa laman web untuk memohon?

https://epenawaran.moe.gov.my/


🤔Apa antara inti penting sewaktu mohon?

Sebelum tu, sila peka dengan tarikh dan waktu permohonan buka dan tutup. Saat permohonan buka je, teruslah isi borang. Masukkan maklumat yang diminta seperti anugerah macam APC, pencapaian, inovasi, penerbitan, koku, sumbangan dan sebagainya. Masukkan saja selagi boleh. Waktu zaman saya dulu, ada had aksara yang ditetapkan. Jadi, ada maklumat yang tak boleh nak masuk semua. Maka, saya masukkan yang saya yakin kukuh. Oh ya, bermula tahun lepas, perlu masukkan juga SINOPSIS KAJIAN.


🤔 Apa itu sinopsis kajian?

Sinopsis ni macam idea / gambaran awal. Ala, macam abstrak. Tulis dalam ruang yang disediakan mengikut jumlah aksara yang ditetapkan. Ringkas tapi padat dengan maklumat seperti masalah kajian, metodologi dan sebagainya. Nanti dah dipanggil temu duga, baru perlu buat kertas cadangan kajian.


🤔Apa cadangan kajian yang boleh dibuat?

Sebelum mula kajian, perkara pertama ialah cari isu dan masalah kajian. Lepas dah pasti dengan masalah kajian, bolehlah fikirkan metodologi yang sesuai untuk selesaikan masalah tersebut. Jangan keliru tau. Perkara ini penyelia saya banyak kali sebut. Ada kajian yang nampak gah, tapi metodologi tak selari dengan masalah. Ibaratnya jari kita terkena selumbar, tapi kita ubatinya dengan ubat batuk. Nah, gituuuuuu.


🤔 Bagaimana cara dapatkan masalah kajian?

Semestinya melalui pembacaan mengenai isu yang kita minat dan alami. Ada pelbagai medium untuk kita dapatkan bahan. Gunakan kata kunci tentang isu yang kita ingin cari dalam web berikut:

1. https://scholar.google.com/

2. https://mycite.mohe.gov.my/

3. http://myto.upm.edu.my/find/

4. https://www.dimensions.ai/

5. https://www.connectedpapers.com/


Untuk asas, kenal-kenal dulu dengan lima tu ya. Nanti barulah beramah mesra dengan Scopus, WOS, ProQuest dan sebagainya. 


🤔Adakah kajian yang dicadangkan perlu gah?

Terpulang, asalkan dijangka mampu selesaikan masalah yang dihadapi, silakan. Tapi saya tengok norma HLP PhD beberapa tahun ini, banyak cadangan kajian tentang modul, model, instrumen, uji pmboleh ubah baharu yang pelbagai dan sebagainya. Namun, ada juga cadangan kajiannya ringkas tapi bermakna. Contohnya suntikan elemen kepelbagaian kaum, murid peribumi dan banyak lagilah. Semuanya atas kreativiti anda untuk menyelesaikan masalah kajian yang ada.


🤔Apa yang perlu dibuat selepas mohon?

Borang tersebut akan disahkan oleh ketua jabatan dan JPN. Untuk ketua jabatan, e-mel akan dihantar kepadanya beserta kata laluan. Sewaktu tarikh pengesahan dah diberitahu, dalam tempoh tu, pentadbir perlu buka laman web e-penawaran dan klik bahagian PENTADBIR (di tepi kanan atas). Setelah masukkan butiran dan kata kunci daripada KPM, ketua jabatan perlu SAHKAN. Ingat! Bukan sekadar sahkan. Seeloknya tulislah komen murni yang dapat membantu pemohon kelak. Oh ya, pemohon perlu ingatkan ketua jabatan anda untuk komen dan sahkan sebelum tarikh tutup supaya beliau tidak terlepas pandang.


🤔Adakah perlu mohon universiti dahulu?

Tak payah pun tak apa. Namun, waktu terpilih untuk panggilan temu duga nanti, dah boleh mohon dah. Saya sarankan mohon banyak-banyak dan kalau betul dapat HLP nanti, buatlah istikharah untuk pilih universiti mana. Nanti kalau panel penemuduga tanya, ada jawapan kita untuk kata "Ya, saya dah mohon".

Waktu saya dulu, saya jawab begini.

"Ya, saya dah mohon dan dah dapat surat dari universiti, tapi saya tak klik SETUJU lagi".

"Kenapa tak klik?" Tanya ketua panel. 

"Takut tak dapat HLP!" sambil tergelak kuat. 😆


** update :

Waktu kakyong mohon, dalam permohonan tu dah kena list down 3 universiti pilihan. Dalam bahagian panduan permohonan telah disertakan universiti pilihan bagi bidang pengajian masing-masing

🤔 Apa yang perlu dilalui sebelum dapat HLP?

✔️Permohonan dalam talian

✔️Ujian psikometrik dan temu duga (Waktu ni perlu lengkapkan dokumen dan kertas cadangan untuk dihantar sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Kalau lambat hantar, nama automatik batal untuk ditemu duga. Jadi, pastikan peka dan semak e-mel ya. Mungkin e-mel tersebut dihantar dalam SPAM atau peti masuk yang biasa. Sangat penting!

✔️Kursus persediaan (Kalau sebelum COVID dulu bersemuka. Tapi, sekarang dalam talian saja. Lebih kurang 5 hari kursusnya.

✔️Menduduki ujian kursus persediaan (Nah, jangan tak tahu ada ujian tau. Agakencabar soalannya tapi Insya-Allah lulus je. Jangan risau.)


Baiklah, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsi. Mohon doakan pengajian saya dan rakan-rakan yang lain dipermudahkan berjaya mengikut tempoh masa yang ditawarkan ya.

Aamiin, aamiin, aamiin.🤲

Saya juga doakan semoga kalian semua berjaya.

Aamiin, aamiin, aamiin. 🤲


Oh ya, kalau ada maklumat yang salah atau ada rakan lain yang nak tambah silakan komen ya. Selamat berjaya semua. 😍


Sumber : Fikri Fiq


Baca lagi : PENGALAMAN INTERVIEW HLP

Post a Comment

9 Comments

  1. mashaAllah tahniah!!! semoga terus berjaya dunia akhirat dan dimudahkan urusan. kali pertama dengar pasal HLP ni. saya ada adik ipar bidang pendidikan nnt boleh bg dia baca juga

    ReplyDelete
  2. memang susah nak sebut. nak ingat pun susah yang tahu jer faham.heheh yang pakar je tahu HLP. tq yong kongsi

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. semoga dipermudahkan urusan sambung belajar apatah lagi ujian belajar yang banyak cabarannya. Moga sukses terus.

    ReplyDelete
  4. memang tak pernah dengar langsung pasal HLP ni. terima kasih kongsi info. boleh share dengan kawan2 dalam industri pendidikan.

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudahkan kakyong! First time dengar tentang HLP. Good info, Thank you share :)

    ReplyDelete
  6. Wowo....now only I know more about HLP from your sharing here. Very detailed info here so gonna be helpful for those that wish to apply it for education industry especially. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. tq bagi info mengenai HLP tak pernah pun tahu mengenainya. Boleh sharing pada mana2 geng cikgu ni

    ReplyDelete
  8. Seronok sambung belajar sambil gaji bekerja still dapat spt biasa. Struggle mmg struggle nak habiskan pengajian, tapi kurang sikit rasa stress bila still gaji jalan spt biasa , so x mengganggu komitmen bayaran bulanan. Apapun, tahniah dpt sbung belajar dan semoga sukses selalu.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih info mengenai HLP, sy yang tak terlibat dengan bidang ni mmg tak pernah tahu, tapi nanti bila dah tahu ni boleh borak-borak dgn rakan bidang pendidikan pulak hehehe

    ReplyDelete