Assalamualaikum & Salam Sejahtera
.. sambungan dari PART 1
settle ja urusan booking homestay dan tiket feri, mula lah episod merancang aktiviti sepanjang di Langkawi. Bukan calang-calang jawatan yang kakyong pegang tu gais..hahaha..
since ni lawatan yang entah kali ke berapa kami di Langkawi , planning kali ni santai- santai saja bersama keluarga. Kakyong dah share segala makneka post mengenai port makan yang ada di FaceBook di wall kakyong, in case nak pi nanti kita terjah saja.
MANGROVE
Untuk aktiviti santai kali ni kakyong pilih MANGROOVE sebab ni 1st time aktiviti bersama suami and anak-anak. Sebelum ni kakyong dah pernah join dengan kawan-kawan and mak ayah. Bila ada anak-anak, bawa ke sangkar ikan sure lah depa seronok. Si kakak boleh belajar, si adik semestinya eksaited lah.. Kakyong dengan bamwi enjoy cipta memori gittew.. poyo kannn?
kakyong survey di facebook,tiktok,website,apps cuti-cuti langkawi dan shopee
end up kakyong beli di shopee, rasa macam a bit murah berbanding yang lain
HARGA : ( sharing boat )
Dewasa : Rm50
Kanak-kanak : Rm40
booking rm20 sorang bayar dalam shopee
selebihnya bayar di jeti
Perjalanan kami bermula di Jeti Tanjung Rhu
- 3 jam
- Gua Kelawar
- Gua Buaya
- Eagle feeding
- Kilim Geopark
- Laut Andaman
- Floating Fish Farm
Sebelum ke jeti, kakyong ingat nak sarapan di kedai roti canai viral, rupanya TUTUP pula…kami singgah jelah satu kedai makan di tepi jalan..ada macam-macam makanan, nasi lauk campur, pulut ayam , kuih muih..roti canai xdak
Overall kami semua enjoy .. cuma tak dapat mandi laut ja. Adik yang bawa bot tu suggest kami ke air terjun Durian Perangin, dekat dengan homestay kami. Maka nya lepas turun dari bot, kami terus ke Durian Perangin, mandi air terjun pula.
sebagai orang luar, of course la tau Telaga Tujuh saja..hahah nice juga lepak di Durian Perangin ni, tak ramai orang..kami pun tak naik ke atas, ada laluan ke atas lagi, kami just stay di bawah , air terjun landai sesuai la untuk anak-anak..ada la 2-3 tempat yang dalam, paras pinggang ja..lepas la kalau nak menyelam..hahaha
ada tandas + bilik salin pakaian di bawah ni so senang tak payah bergi jauh-jauh
Tips Pengunjung
- Bawa makanan siap-siap kalau anda datang ke sini. Gerai jualan di depan tu ada jual jagung , keropok , pakaian dan cenderamata. Makanan berat kakyong tak pasti
- Bawa plastik untuk bawa balik sampah anda. Hanya tinggalkan tapak kaki dan memori.
Harga Tiket
Percuma
habis mandi,kami bersiap-siap makan.. next entry kita sambung…
in case korang nak baca info lagi mengenai Durian Perangin, KLIK SINI
0 Comments