PENGALAMAN INTERVIEW HLP | Assalamualaikum & Salam sejahtera. Entry ini khas untuk rakan-rakan guru yang akan menghadiri temuduga HLP pada bulan April ini.
1st of all , kakyong bukan pro. Hanya berkongsi pengalaman yang ada semoga dapat membantu mana yang boleh. Bagi yang belum baga mengenai APA ITU HLP DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA boleh klik entry tu ada sedikit info dan panduan awal
Untuk pengetahuan, kakyong apply HLP 2 kali. Kali Pertama kakyong apply pada tahun 2019 dalam bidang Pendidikan Islam , temuduga diadakan di Bangunan Mustapha Kamal , Cyberjaya.
Macam biasa lah , kalau nak pi temuduga , pakaian mestilah kemas dan menutup aurat seperti mana etika pakaian penjawat awam. Ikut hampa la nak pakai kot ka apa kakyong tak pakai pun .. haha segan !
Lepas tu , kena la ambil tau isu semasa sikit habuan nak bersembang dengan ahli panel selain dari kuasai isu proposal ampa tu.
Gambar yang mula tu waktu kakyong dalam bilik menunggu , kami dipanggil seorang demi seorang untuk bentang proposal . Keputusan time ni kakyong GAGAL.
maka nya .. entah bagaimana kakyong apply pula untuk kali kedua. Isi borang secara online , dan dipanggil temuduga di Kepala Batas, Pulau Pinang. Time tu bulan puasa, sesi temuduga waktu pagi .. Habis sekolah pukul 630 naik higway, booking hotel OYO , anak-anak tinggal dirumak mak ayah .. tenang-tenang rest di hotel , esok pagi pukul 7 gerak ke pusat temuduga ..
Dan .. bermula lah perjalanan kakyong sebagai pemegang Hadiah Latihan Persekutuan Cuti Belajar Bergaji Penuh selama 2 tahun ..
pada asalnya kakyong mendaftar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia namun oleh kerana beberapa insiden yang berlaku, kakyong berpindah ke Universiti Kebangsaan Malaysia .. nanti kakyong sambung lagi ya !
4 Comments
Alhamdulillah ... semangat dan usaha yang kuat telah membuahkan hasil. tahniah kak yongm moga maju jaya di masa akan datang
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah kak berjaya. Moga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteAlhamdulillah Tahniah kak Yong. Moga dipermudahkan urusan sepanjang belajar.
ReplyDeleteWowo... congratulations congratulations that akak passed the interview successfully. Thanks for sharing the tips to other participants here. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDelete